19 Jun 2011

Kembara Ilmu Pangkor 2

Solat Suboh dan Tazkirah Pagi

Teluk Nipah Purnama Beach Resot : 5.30 pagi pelajar lelaki muslim ke surau Purnama untuk menunaikan solat subuh secara berjamaah. Solat suboh pagi ini diimamkan oleh Imam Program Abdullah Umar bin Hajiman dari SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor.
Selesai solat suboh secara satu tazkirah ringkas telah disampaikan olen Tn. Hj. Kamzani bin Kusman sebagai peringatan bagi diri kita di awal pagi sebelum kita memulakan sebarang aktiviti.

surau Purnama Beach Resort

solat suboh berjemaah ...

amin ... Ya Allah ..

tazkirah suboh ... Tn. Hj. Kamzani
Selesai tazkirah peserta kem bersarapan pagi sebelum meneruskan sesi kembara ilmu pada hari yang kedua.

Slot 4 : Hari Selasa 31 Mei 2011 : 8.00 - 11.00 pagi : Bengkel Teknik Pengajian Am 2 : Penceramah - Pn. Azzaha bt Awang (SMK Ahmad Bustamam, Siti Awan)


Pn. Azzaha Awang (penceramah) dan Pn. Hjh Missinon Ahmad Damanhuri


Slot 5 : 11.00 hingga 2.00 : Motivasi Menara Gading (Halatuju U / Syarat). Penceramah : Tn. Hj. Abdul Habib bin Ishak (Kaunselor Cemerlang - SMK Seri Desa)

Slot 6 : 3.00 hingga 6.00 : Riadah  -  Boat Trip - Snoorkling - Berkayak : Kelolaan jurulatih Purnama Beach Resort. Peserta berkumpul di lobi Purnama Beach Resort - Doa dibaca memohon keselamatan kepada yang Maha Berkuasa agar aktiviti air yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar. Peserta berjalan kaki ke pantai yang tidak berapa jauh dari tempat penginapan.

Doa dibaca sebelum Riadah bermula



sebenarnya akupun tak pernah berkayak ...

inilah first time in the world kami ...

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan - Berkayak - Snoorkling  secara bergiliran. Keadaan laut sedikit bergelora ekoran hujan lebat pada sebelah pagi, menambahkan cabaran berkayak. Hampir keseluruhan peserta tidak pernah berkayak di lautan terbuka. Ini merupakan pengalaman yang menarik buat peserta dan guru pengiring.


 eh .. masuk ikanlah tolong .. tolong
Semua peserta selamat kembali ke daratan Pulau Pangkor sekitar 6.15 petang - setelah 3 jam berada di pulau menjalani aktiviti mendaki bukit, berkayak dan snoorkling. 


Slot 6 : 8.00 hingga 12.00 : Bengkel Teknik Pengurusan Perniagaan 2 : Penceramah - Pn.  Masidah bt. Jauhari (SMK SAAS, Kuala Selangor)
ini ole-ole dari kami ...

2 Pagi - Masuk sarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan